
Alhamdulillah Ramadhan datang lagi. Kepada semua umat Islam di seluruh dunia Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Ini kerana pada Bulan Ramadhan ini penuh dengan keberkatan dan ketaqwaan yang Allah kurniakan kepada umatnya. Pada bulan inilah pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup. Sebagai umat Islam kita haruslah bersyukur kerana Allah memberikan segala nikmat kepada kita. Perbanyakkanlah amalan kita di bulan Ramadhan ini sebelum ianya pergi sekali lagi. Betapa ruginya kita jika tidak memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sebaiknya. Hidupkanlah Ramadhan ini dengan tarawih, bacaam Al - Quran, zikir dan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Yang paling penting carilah malam Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut Allah akan mengampunkan semua dosa - dosa umatnya. Segala usaha yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini akan diberkati oleh Allah. InsyaAllah. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al - Mubarak.