Monday, November 16, 2009

Tentang seseorang...

Seorang gadis yang ku temui. Dengan tiba-tiba dia muncul dalam hidupku. Tiada angin tiada ribut dia datang dalam hidupku. Saat aku kesusahan dia datang hulurkan bantuan. Saat aku sedih dan kecewa dia datang memberikan dorongan dan semangat kepadaku. Aku berasa syukur kerana dikurniakan seorang insan yang begitu mengambil berat tentang aku. Aku tidak sangka sejak pertemuan itu aku dengan dia menjadi begitu rapat. Dialah yang telah memberikan aku semangat agar jangan berputus asa dalam segala hal. Dia juga telah mengajar aku erti kebahagiaan, kegembiraan. Sejak adanya dia aku mula kembali fokus untuk mengejar cita-citaku. Kadang-kadang bila dia tiada terasa rindu kepadanya. Mungkin ada hikmahnya aku dengan dia bertemu. Dia periang, peramah dan yang paling aku suka dia seorang yang jujur dan ikhlas dalam setiap perbuatan dia. Walaupun kami pernah terputus hubungan kerana masing-masing sibuk namun dia tetap ingat padaku. Aku harap perhubungan ini akan berkekalan selamanya.

Friday, November 6, 2009

Hati ini telah dilukai...


Semalaman
Terkenangkan diri mu
Lalu airmata ku
Membasahi pipi
Mengapakah kau sanggup
Meninggalkan diri ku
Sedangkan kau tahu
Perasaan ini

Kau berjanji
Akulah kekasih mu
Sanggup ku singkirkan
Semua cinta yang lalu

Tidak ku duga
Ini akan terjadi
Kata perpisahan
Yang kau pinta

Biarkanlah...
Biarkan aku hidup sendirian
Tak ingin ku mengenangkan kisah lama
Biarkanlah...
Biarkan aku hidup sendirian
Kerana hati ini telah dilukai

Kekecewaan...

Selama ini aku banyak kali dikecewakan oleh gadis-gadis yang aku minat dan suka. Entah di mana silapnya aku pun tidak tahu. Mungkin selama ini kite selalu dengar yang lelaki selalu permainkan perasaan gadis tapi dalam situasi aku perempuan yang selalu mengambil kesempatan ke atas aku dan mempermainkan perasaan aku. Disebabkan aku terlalu baik maka diorang pun mengambil kesempatan ke atas aku. Walaupun aku jenis tidak kisah dengan apapun sebagai manusia biasa kadang-kadang terasa di dalam hati tentang perbuatan mereka. Aku tidak pernah berbohong malah sering membantu ketika susah dan senang. Aku juga pernah berkorban tapi akhirnya pergorbanan aku menjadi sia-sia. Bila diingatkan kembali aku merasa sedih dengan keadaan aku. Aku sedar aku merupakan seorang yang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan aku juga mengambil berat serta membantu orang di sekeliling aku. Di mana-mana aku berada aku pasti akan diamanahkan menjadi seorang pemimpin untuk membantu orang lain. Mungkin disebabkan inilah aku seringkali dikecewakan. Salahkah aku menjadi seorang yang baik, ikhlas serta jujur dalam perhubungan? Pernah seorang gadis yang aku sukai menyatakan padaku bahawa aku lelaki yang terlalu baik dan jujur dan merasakan aku tidak sesuai dengan dia.

Semester ini aku dirumdum kekecewaan yang teramat sangat sebab gadis yang aku suka dan sayang telah permainkan perasaan aku. Tak perlulah aku beritahu siapa gadis itu. Masa di sekolah dulu aku jarang bercakap dengan dia walaupun satu kelas. Tetapi selepas habis persekolahan dengan tetibanya aku menjadi rapat dengan dia. Sejak itu aku selalu berhubung dengan dia. Bila ada masalah dia mesti rujuk dengan aku minta tolong. Aku pula sering menolong dia tidak kira waktu pun. Lama-kelamaan aku mula jatuh hati dengan dia. Masa tu dia tak sedar lagi. Kami pernah pergi dating ke midvalley. Setiap harijadi dia tak pernah aku terlupa. Aku sentiasa ucapkan kepada dia. Macam-macam juga dia minta. Biasalah perempuan manja. Aku pun belikan apa yang diminta oleh dia. Perhubungan kami kekal hinggalah masuk semester ke 5. Setiap sem aku selalu berlawan dengan dia siapa pointer lagi tinggi. Disebabkan dialah aku selalu dapat pointer yang tinggi. Dialah yang memberi aku semangat untuk belajar. Namun semuanya tinggal kenangan. Sejak kami di semester 5, dia mula berubah. Aku pula sibuk dengan tugas aku sebagai presiden majlis perwakilan pelajar di kolej aku. Kadang-kadang bila aku mesej atau call mesti dia cakap ada hal. Aku pun tak tahu apa sebenarnya sama ada dia betul-betul sibuk atau tidak. Hinggalah pada raya hari tu semuanya terbongkar. Aku mesej dia mengajak untuk beraya bersama-sama tapi dia kata dia ada hal. OKlah kalau begitu. Keesokan harinya aku mesej lagi kata kawan-kawan dan cikgu kirim salam. Dan dia balas dia keluar dengan BF dia sampai tak sempat nak beraya. Hancur luluh hatiku bila dia kata begitu. Rupanya dia sudah ada teman baru. Betapa kecewanya aku. Baru aku tahu mengapa dia selalu elak daripada aku. Segalanya telah terbongkar.

Sejak dari itu aku terus lupakan dia sebab dia telah menipu aku. Tak boleh ke kata kalau tidak lagi suka pada aku ataupun dengan cara yang lebih elok. Aku betul-betul kecewa. Sehingga hari ini aku tidak lagi berhubung dengan dia. Dan aku doakan agar dia bahagia selalu. Aku tidak sanggup lagi dipermainkan oleh perempuan. Aku harap inilah kali terakhir aku dilukai oleh perempuan.

Thursday, November 5, 2009

Tekanan!!

Semester ni macam-macam tekanan yang aku terima. Aku kena cari jalan untuk mencari ketenangan diri. Memang banyak tekanan sem ni.