Monday, March 23, 2015

Reverse psychology

Ada antara kita rajin bertanya kepada rakan, saudara, kenalan soalan ini, "Kamu bila nak kahwin? Ramai yang dah kahwin ni". Soalan sebegini seringkali mengundang rasa rimas di dalam diri kita.  Saya yakin ramai yang terasa.

Jadi daripada kita bertanya sebegitu mari kita cuba ubah cara kita bertanya. Kita cuba cara ini. "Sudah berkahwin? atau "Kamu dah kahwin ke belum? Jika belum semoga Allah pertemukan kamu dengan jodoh yang terbaik". Kita tadah tangan sebut aamiin.

Kata-kata itukan doa. Dengan cara ini kita mendoakan agar rakan, saudara, kenalan kita tadi dipertemukan dengan jodoh yang baik dari Allah. Kita takkan rasa rimas, sakit hati dan sebagainya malah rasa syukur ada yang mendoakan. Makin ramai doakan lagi bagus. Siapa tahu waktu kita berkata itu adalah waktu mustajab doa. Kan bagus tu.

Jangan pula kita balas "Ramai dah meninggal, kamu bila lagi?". Mahu terasa sakit hati orang tu terutamanya orang yang lebih tua. Jangan sesekali balas dengan soalan begini. Hati kita takkan tenteram bila kita sakitkan hati orang lain. Awas!!

Ingat kata-kata yang baik adalah doa. Kita doakan yang baik-baik.

Jom cuba cara ini.

Friday, March 20, 2015

Syukur Alhamdulillah

Setelah sekian lama tidak menulis di blog ini akibat kesibukan dan hampir lupa akan kewujudan blog ini. Haha.

Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur dan bernafas di muka bumi Allah ini. Pelbagai rintangan dan halangan dihadapi namun syukur diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

InsyaAllah akan berusaha untuk terus memberikan ilmu dan menyampaikan pesanan serta kebaikan untuk semua insan di dunia ini. Walaupun hanya saya seorang saja yang sanggup melakukannya di akhir zaman ini.

Semoga Allah permudahkan segala urusan anda dan saya serta umat Islam yang lain. Mari sama-sama panjatkan doa dan kesyukuran agar kita dan insan lain sentiasa berada di jalan Allah dan sentiasa dilindungi Allah. Aamiin.

Friday, May 18, 2012

Assalamualaikum,

 Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di
 suatu  Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita
 untuk bertemu  dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi
 ucapan khusus  untuk  kaum wanita.

 Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. 
 Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. 
 Baginda  pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah
 seperti berikut:

 'Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku 
 lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

 Seorang wanita lalu bangun bertanya, ' Apakah yang menyebabkan yang 
 demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

 Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat
 kamu  yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

 Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
 2. Banyak bersedekah.


 Keterangan:
 Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di 
 bawah:

 Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, 
 akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bus ni dah mampus 
 agaknya."

 Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita 
 memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
 hatta  suami pun kena sumpah.

 Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa 
 ni jugak nak habis."

 Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti
 tidak  mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah 
 ditunaikan oleh suami.

 Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami 
 yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan
 suami'.

 Rasulullah SAW berkata,'Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, 
 jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
 suatu  ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia
 kehendaki, maka dia  akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun
 kebaikan awak"  (Terjemahan  langsung dari Arab).

 Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan 
 perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya 
 dapat?"

 Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, 
 saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala 
 amalannya.'

 Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita
 banyak  beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan
 kita dari 2  perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka
 seperti yang  disebutkan tadi? Wa iya zubillah.

 Fadhilat beristighfar
a. Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X 
 sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).' 
 Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.

 Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau
 100 kali sehari.  Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X
 sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita
 menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

 b .Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar,
 akan  di keluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti
 gelisah  yang  tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat
 hazan bererti berduka cita.

 c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
 dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
 kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.
 Sedekah juga
 termasuk:

a. Tuturkata/ percakapan yang baik.
 Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati.
 Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

 Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang
 pertama,  tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun.
 Sepanjang  hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah,
 sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan
 perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.

 Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada 
 Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada
 Khadijah.  Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab
 Jibril,  "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan
 tuturkatanya".

b. Memberi salam.

c. Memaniskan wajah.

 Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 
 'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

 Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

 Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.

 Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
 bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita.

 Sekiranya terdapat sifat-sifat  buruk yang boleh menjerumuskan kita ke
 dalam api neraka itu, maka eloklah  kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Wednesday, October 5, 2011

Wahai hati, bersabarlah..

“ Berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang, yang ketika musibah, mereka berkata “ “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan Kepada-Nya kita dikembalikan. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk”. ( Al-Baqarah : 155-157 ).

Dalam hidup ini kita sentiasa diduga oleh Allah. Kita tidak pernah tahu bila kita akan diduga. Mungkin hari ini, esok atau lusa. Bukan mudah bagi kita untuk menghadapi ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah. Orang pernah berkata " Bersabarlah. Setiap perkara ada ujiannya". Bagi mereka yang kuat dan tabah pasti akan menempuhi dengan tenang tetapi bagi mereka yang lemah mungkin susah bagi mereka. Sebagai umat Islam adalah lebih baik jika kita bersabar dan berdoa agar dijauhkan daripada segala musibah dan bencana. Langit tak selalu cerah, malam tak selalu ada bintang dan hidup tak selalunya indah seperti yang kita impikan.

Ya, kadang kala kita diuji dengan bentuk kematian, kehilangan, kesakitan dan seumpamanya tetapi tahukah kita sebenarnya di sebalik ujian tu tersembunyi seribu satu hikmah yang hanya dapat dilihat dengan mata hati.

Rasulullah SAW bersabda : “Apa pun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya.” ( HR. Muslim).

Jika kita merasai kepayahan insyaAllah Allah akan membantu kita menghapuskan sebahagian daripada keburukan kita. Allah tidak pernah membezakan hambanya. Apabila diri diuji dengan sesuatu yang kadang kala di luar kemampuan kita, itu bukanlah bermakna diri ini adalah jahat, malang atau sebagainya tetapi ia adalah wasilah untuk menjadikan kita lebih tabah menghadapi dunia yg penuh pancaroba kerana ALLAH Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan tidak menzalimi hambaNya.

"Sungguh,Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah,dan jika ada kebajikan(sekecil zarah),nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya".

(An-Nisa',ayat 40)

Tazkirah untuk diri ini dan juga yang lain.

Ciri-ciri lelaki idaman wanita.

Ini adalah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang lelaki. Lelaki adalah pemimpin, imam bagi sesebuah organisasi. Rupa paras tidak penting. Yang penting adalah:


Kuat agamanya : Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.


Baik akhlaknya : Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.


Tegas mempertahankan maruah : Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

Amanah : Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.


Pemurah tetapi tidak boros: Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


Tidak liar matanya : Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.


Terbatas pergaulan : Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

Rakan pergaulannya : Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

Bertanggungjawab : Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.


Tenang wajah :Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.


Renung-renungkan dan selamat beramal.

Monday, November 8, 2010

Sunnah Nabi untuk kita amalkan seharian.

Marilah kita bersama-sama mengikuti sunnah-sunnah yang diamalkan oleh nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Ingatlah zaman sekarang adalah akhir zaman jadi marilah kita memperbetulkan diri kita dan mengikuti segala yang nabi ajarkan pada kita. Semoga kita semua memperoleh manfaatnya. InsyaAllah.


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4) Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur :-


- Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. - Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

- Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

- Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

- Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

- Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.

Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.


SAMA-SAMALAH KITA MENGAMALKAN SUNNAH-SUNNAH NABI DAN SATU LAGI KAWAN2..SELALU2 LAH SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W..



Sebarkan kepada semua sahabat...

Tuesday, July 20, 2010

Kelebihan berselawat

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku: Berkata Jibril a.s.. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail a.s.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil a.s.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail a.s. pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi." Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w. .? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah s.w.t., Rasul dan para malaikat.