Wednesday, March 17, 2010

Semester terakhirku di Bangi...

Tak sangka masa berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik sudah sampai semester terakhir di KPTM Bangi. Memang pantas masa berlalu. Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Ada yang indah tak lupa juga yang duka. Bak kata macam-macam ada. Waktu akhir ini lah semua bertungkus-lumus nak habiskan cepat diploma ni. Rasa macam tak sabar nak habiskan pengajian ni. Bila dah habis mestilah seronok kan. 3 tahun menuntut ilmu akhirnya berjaya juga habiskan. Tapi benarlah kata pepatah setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tak lama lagi semua akan membawa haluan masing-masing. Mungkin susah nak jumpa lagi selepas ini. Bagiku inilah masa untuk meluangkan bersama-sama rakan-rakan sekuliah sebelum semua berpisah. Memang seronok bila dapat meluangkan masa bersama-sama. Walaupun akhir sem ni tugasan kurang tetapi pnyampaian agak banyak kena siapkan. Sem ni lain dari yang lain sebab begitu banyak kena selesaikan walaupun subjek hanyalah 4 sahaja. Memang penat terutama aku yang memikul banyak tugasan daripada kolej. Tapi ini semua adalah pengalaman yang berharga buat diriku. Bila lagi aku nak merasa jika bukan sekarang. Kerja nanti dah tak ada macam ni. Apapun aku nak habiskan sem ni dengan cemerlang. InsyaAllah.


Kelas Sem 6

Saturday, March 13, 2010

Berjumpa kembali setelah sekian lama...

Sungguh tak disangka-sangka bahawa setelah sekian lama terpisah akhirnya dapat jua aku bertemu dengan si dia. Sudah 9 tahun aku tidak berjumpa dengan dia. Kali terakhir aku jumpa pada waktu keputusan UPSR dikeluarkan. Setelah itu aku tidak pernah bertemu atau berjumpa dengan si dia. Dan aku juga telah terdengar yang dia telah berpindah dari situ. Agak lama tidak mengetahui sebarang berita tentang dia. Sehinggalah minggu ini aku secara tak sengaja melihat profil seorang kawanku. Tetiba aku ternampak nama yang amat ku kenal. Aku terus tekan dan alangkah terkejutnya aku insan yang selama ini aku tercari-cari akhirnya aku temui. Aku tak sangka bahawa aku dapat kembali jumpa dia di facebook. Wajah dia sama seperti dulu. Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku bertemu dengan dia. Syukur sangat-sangat. Aku harap aku dapat bersemuka dengan dia nanti. InsyaAllah. =)