Monday, December 28, 2009

Kebenaran selalunya pahit...

Baru ku sedar bahawa kebenaran itulah sebenarnya pahit untuk diterima. Selama ini aku langsung tidak sedar dan mengetahui tentang keadaan yang berlaku. Selalunya akulah orang yang terakhir mengetahui sesuatu perkara. Kebenaran yang aku maksudkan di sini adalah tentang seorang gadis yang pernah aku sayangi dahulu. Jika dilihat pada rupa paras dan tingkahlaku dia kelihatan baik dan sopan serta sedap mata memandang. Silap aku kerana jatuh hati dan sayang kepada dia. Salah aku kerana meletakkan kepercayaan pada dia. Rupanya indah khabar dari rupa. Dia bukanlah seperti yang digambarkan. Selama ini kawan-kawanku sudah mengetahui akan hal sebenarnya tetapi takut untuk memberitahu padaku. Mereka takut aku akan kecewa dan tidak percaya. Bukan aku seorang yang tahu tapi ramai yang tahu cerita sebenarnya. Malah rakan baikku sendiri menceritakan keadaan sebenar padaku. Baru ku sedar bahawa kebenaran itu sememangnya pahit. Sukar untuk diterima....Apapun hidup mesti diteruskan. Aku takkan lagi menoleh ke belakang.

Thursday, December 24, 2009

Sana Sini Senang......

Di sana senang,
di sini senang,
di mana-mana hati pun senang

Di sana senang,
di sini senang,
di mana-mana hati pun senang

Lalalalalalalalalalalalalalala,
lalalalalalalalalalalalalalalala,

Ingat-ingat kami,
remember,
jangan lupakan kami,
don't forget,
kami syg semua,
we love u,
and only u...

(Lagu sewaktu menjadi fasilitator bagi intake baru jun-dis 2009)
Khas untuk semua pelajar-pelajar junior yang baru masuk.... =)

Tak habis-habis insomnia....



Sejak aku masuk kolej insomnia aku menjadi semakin teruk. Susah sangat nak lelapkan mata. Adeh. Bila malam aku mesti sukar nak lelapkan mata apatah lagi nak tidur. Bila siang pula aku rasa nak tidur. Macam drakula jadinya aku ni. HAHAHA. Kalau tak cukup tidur pula jadi zombi. Lagi teruk. Tak tahulah macam mana nak atasi masalah ni. Suruh minum susu aku minum, makan ubat aku makan tapi tak berkesan juga. Pernah sampai 3 hari tak tidur. Dahsyat. Selepas itu terus tidur tak bangun-bangun. Jadi zombi lagi. Tapi aku rasa sekarang ni bolehlah. Dulu lagi dahsyat. Kalau nak tidur aku biasanya baca buku, tulis puisi ke sajak, melukis atau bercakap dengan bulan baru boleh tidur. Hehe. Jangan ingat aku gila pula sebab cakap dengan bulan. Ada caranya. Lain pula jadinya nanti. Cuti ni macam itulah aku. Malam berjaga jadi pak cik jaga dekat rumah. Pencuri pun tak berani nak masuk sebab ada BATMAN dalam rumah. Berani masuklah kena hempuk dengan aku baru tahu. Sebelum ni pernahlah belasah pencuri yang pecah masuk rumah aku. Eh apalah aku merepek ni. HAHA. Sebenarnya begitulah aku bila insomnia ni melanda hidup aku. Harap-haraplah selepas ni dapat balik jadi macam dulu. =)

Wednesday, December 23, 2009

Separuh Jiwaku Pergi.........

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua


Lirik lagu ni agak menarik sebab bukan senang untuk kita mencintai seseorang dengan sepenuh hati dan terpaksa melepaskannya pergi apabila cinta kita dikhianati....

Hidupku umpama spiderman...

Begitulah tajuk yang ingin aku sampaikan kali ini. Seperti yang kita ketahui spiderman merupakan wira yang disanjung kerana bakatnya dan tanggungjawabnya menyelamatkan orang ramai. Namun di sebalik kisah hebat hero ini ada satu lagi kisah tentang dia yang orang ramai tidak mengetahuinya. Dia dianugerahkan kuasa yang hebat agar dapat membantu insan-insan yang lemah serta menjaga keamanan tempat itu. Tidak siapa yang mengetahui siapakah dia, dari mana asal dia namun atas jasanya tempat tersebut menjadi aman dan sejahtera. Setiap hari dia disanjung oleh masyarakat setempat atas tindakannya. "When great power come great responsibility", itulah amanat yang diberikan oleh pakciknya. Kanak-kanak pula ingin jadi sepertinya. Disebalik kehebatannya hidupnya sebenarnya tersiksa ketika menjalani kehidupan biasa sebagai Ben Parker. Bukan mudah untuk menjadi seorang wira bila diri terpaksa membuat pilihan dan pilihan tersebut mendatangkan kesan kepada orang di sekelilinginya. Walaupun dibenci, dicemuh, sering datang lewat, tiada pekerjaan dan malang dalam hidupnya namun dia tetap juga menjalani hidup dengan sebaiknya.

Kisah di atas sedikit sebanyak membuatkan aku terasa berada pada tempat yang sama seperti dia. Tapi aku bukanlah hero yang mempunyai kuasa seperti itu. Aku hanyalah insan biasa yang menjalankan tanggungjawab aku dengan sebaiknya. Di mana saja aku berada pasti aku akan digalas tugas-tugas yang berat. Aku sering menjadi orang terpenting dalam sesebuah komuniti di mana semua orang akan memerlukan pertolongan aku. Aku tidak pernah merungut malah melakukan tugas dengan sebaiknya. Tak kisah sesiapapun yang penting aku dapat menolong. Sudah menjadi tanggungjawab untuk membantu insan lain. Sejak arwah guru kesayangan aku meninggal, dia sempat berpesan buatlah baik sesama manusia dan jangan sesekali menyakiti hati orang lain. Jagalah hati orang lain. Itulah amanat yang aku pegang sehingga ke hari ini. Aku tak pernah merungut tentang memberi bantuan. Dari situlah aku menjadi wira kepada orang lain. Setiap kerja yang aku buat adalah untuk kebaikan dan keselesaan semua orang. Aku tidak pernah mementingkan diri sendiri. Selalu pentingkan orang lain daripada diri sendiri. Sakit ke apa ke aku tetap membuat kerja aku asalkan orang lain dapat manfaat. Jika boleh aku ingin bantu semua insan di dunia ini menjadi hero mereka. Tetapi bukan semua perkara kita lakukan mendapat pujian. Aku seringkali mendapat kutukan, makian, fitnah atas kebaikan yang aku lakukan. Aku tidak pernah teringin untuk mendapatkan nama, publisiti, kemashyuran dalam setiap perkara yang aku lakukan. Setiap kerja yang aku lakukan ikhlas semata-mata kerana Allah. Itulah hakikatnya. Walaupun aku banyak berbakti kepada kawan-kawanku, orang ramai namun aku tidak lepas daripada kata-kata maki, kesat, kutukan dan macam-macam lagi. Aku tidak pernah menyakiti hati sesiapapun apatah lagi mencari musuh. Pernah sekali aku difitnah kerana melakukan perkara yang betul dan orang cuba menjatuhkan aku dengan menyebarkan fitnah. Inilah dugaan yang terpaksa aku harungi di mana saja aku berada. Tapi aku tak kisah selagi aku masih bernyawa dan ada kudrat aku akan terus berbakti kepada bangsaku, agamaku dan negaraku. Begitulah kisah aku yang sedikit sebanyak ada persamaan dengan spiderman.


Thursday, December 17, 2009

Hari ini dalam sejarah...


Akhirnya penantian selama 20 tahun untuk meraih pingat emas di temasya sukan sea berjaya apabila skuad kebangsaan bawah 23 tahun memenangi pingat emas setelah menewaskan Vietnam 1-0 di stadium nasional. Kemenangan ini merupakan kenangan yang manis setelah Malaysia hampir menjuarai pada tahun 2001 ketika menentang Thailand. Atas semangat dan usahasama anggota pasukan Malaysia yang tidak mengenal erti putus asa telah berjuang hingga ke wisel penamat untuk membuktikan bahawa Malaysia mampu menjuarai bola sepak kali ini. Walaupun dikalahkan pada peringkat kumpulan namun atas semangat Malaysia mampu bergelar juara setelah menundukkan Vietnam di saat akhir permainan. Di atas kertas Malaysia dilihat tidak berpeluang untuk memenangi kejohanan ini. Alhamdulillah akhirnya dengan usaha serta berkat Malaysia menjadi juara untuk edisi kali ini. Dengan kemenangan ini Malaysia dilihat setanding dengan negara-negara Asia lain. Syabas diucapkan kepada pemain Malaysia dan juga jurulatih K.Rajagopal. Tahniah....

Thursday, December 3, 2009

Kisah cuti semester...

Cuti semester datang lagi. Mungkin sesetengah orang merasakan cuti memamg waktu yang menyeronokkan terutama bagi mereka yang selalu berhempas pulas dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Ada juga yang merasakan bila tibanya cuti keadaan menjadi bosan kerana tidak dapat berbuat apa-apa aktiviti yang menarik dan menggembirakan atau best. Kalau cuti panjang lagilah bosan dibuatnya. Yalah cuti panjang dan tak tahu nak buat apa. Memang bosan. Bagi aku waktu cuti inilah kesempatan bagi aku untuk berehat daripada tugas-tugas di kolej. Maklumlah orang penting di sana. Selalu sangat melakukan kerja sampai suatu ketika letih sangat. Bukan apa bagi dorang akulah yang amat penting sebab semua maklumat dan kerja aku yang lakukan. Tanpa aku susahlah dorang. Waktu inilah aku dapat berehat secukupnya. Kadang-kadang terasa bosan juga duduk di rumah. Selalunya aku keluar bersama teman-teman melakukan pelbagai aktiviti tapi kali ini aku asyik duduk rumah sahaja. Tak tahulah mengapa sampaikan mak aku sendiri rasa hairan dengan sikap anak bujangnya ini. Kebiasaannya waktu petang keluar bermain bola. Sekarang ni jarang pula keluar rumah. Duduk rumah layan internet. Kadang-kadang jadi surirumah buat macam-macam kerja rumah. Yang paling aku suka mestilah memasak. Hehe. Bukan apa mak cakap esok kalau dapat isteri yang tak tahu masak memang susah. Sebab itulah aku belajar memasak. Orang kata lelaki kalau masak sedap. Hehe. Aku sebenarnya tengah tunggu member-member balik. Bila dorang ada macam-macam boleh buat. BBQ mesti best lagipun dah lama tak buat. Boleh reunion sekali. Pertengahan bulan ni pergi melancong pula. Memang best. Tak adalah bosan duduk dekat rumah.

Cuti belum berakhir lagi....
Bilalah nak masuk kolej balik ni??
Sabar je lah...

Monday, November 16, 2009

Tentang seseorang...

Seorang gadis yang ku temui. Dengan tiba-tiba dia muncul dalam hidupku. Tiada angin tiada ribut dia datang dalam hidupku. Saat aku kesusahan dia datang hulurkan bantuan. Saat aku sedih dan kecewa dia datang memberikan dorongan dan semangat kepadaku. Aku berasa syukur kerana dikurniakan seorang insan yang begitu mengambil berat tentang aku. Aku tidak sangka sejak pertemuan itu aku dengan dia menjadi begitu rapat. Dialah yang telah memberikan aku semangat agar jangan berputus asa dalam segala hal. Dia juga telah mengajar aku erti kebahagiaan, kegembiraan. Sejak adanya dia aku mula kembali fokus untuk mengejar cita-citaku. Kadang-kadang bila dia tiada terasa rindu kepadanya. Mungkin ada hikmahnya aku dengan dia bertemu. Dia periang, peramah dan yang paling aku suka dia seorang yang jujur dan ikhlas dalam setiap perbuatan dia. Walaupun kami pernah terputus hubungan kerana masing-masing sibuk namun dia tetap ingat padaku. Aku harap perhubungan ini akan berkekalan selamanya.

Friday, November 6, 2009

Hati ini telah dilukai...


Semalaman
Terkenangkan diri mu
Lalu airmata ku
Membasahi pipi
Mengapakah kau sanggup
Meninggalkan diri ku
Sedangkan kau tahu
Perasaan ini

Kau berjanji
Akulah kekasih mu
Sanggup ku singkirkan
Semua cinta yang lalu

Tidak ku duga
Ini akan terjadi
Kata perpisahan
Yang kau pinta

Biarkanlah...
Biarkan aku hidup sendirian
Tak ingin ku mengenangkan kisah lama
Biarkanlah...
Biarkan aku hidup sendirian
Kerana hati ini telah dilukai

Kekecewaan...

Selama ini aku banyak kali dikecewakan oleh gadis-gadis yang aku minat dan suka. Entah di mana silapnya aku pun tidak tahu. Mungkin selama ini kite selalu dengar yang lelaki selalu permainkan perasaan gadis tapi dalam situasi aku perempuan yang selalu mengambil kesempatan ke atas aku dan mempermainkan perasaan aku. Disebabkan aku terlalu baik maka diorang pun mengambil kesempatan ke atas aku. Walaupun aku jenis tidak kisah dengan apapun sebagai manusia biasa kadang-kadang terasa di dalam hati tentang perbuatan mereka. Aku tidak pernah berbohong malah sering membantu ketika susah dan senang. Aku juga pernah berkorban tapi akhirnya pergorbanan aku menjadi sia-sia. Bila diingatkan kembali aku merasa sedih dengan keadaan aku. Aku sedar aku merupakan seorang yang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan aku juga mengambil berat serta membantu orang di sekeliling aku. Di mana-mana aku berada aku pasti akan diamanahkan menjadi seorang pemimpin untuk membantu orang lain. Mungkin disebabkan inilah aku seringkali dikecewakan. Salahkah aku menjadi seorang yang baik, ikhlas serta jujur dalam perhubungan? Pernah seorang gadis yang aku sukai menyatakan padaku bahawa aku lelaki yang terlalu baik dan jujur dan merasakan aku tidak sesuai dengan dia.

Semester ini aku dirumdum kekecewaan yang teramat sangat sebab gadis yang aku suka dan sayang telah permainkan perasaan aku. Tak perlulah aku beritahu siapa gadis itu. Masa di sekolah dulu aku jarang bercakap dengan dia walaupun satu kelas. Tetapi selepas habis persekolahan dengan tetibanya aku menjadi rapat dengan dia. Sejak itu aku selalu berhubung dengan dia. Bila ada masalah dia mesti rujuk dengan aku minta tolong. Aku pula sering menolong dia tidak kira waktu pun. Lama-kelamaan aku mula jatuh hati dengan dia. Masa tu dia tak sedar lagi. Kami pernah pergi dating ke midvalley. Setiap harijadi dia tak pernah aku terlupa. Aku sentiasa ucapkan kepada dia. Macam-macam juga dia minta. Biasalah perempuan manja. Aku pun belikan apa yang diminta oleh dia. Perhubungan kami kekal hinggalah masuk semester ke 5. Setiap sem aku selalu berlawan dengan dia siapa pointer lagi tinggi. Disebabkan dialah aku selalu dapat pointer yang tinggi. Dialah yang memberi aku semangat untuk belajar. Namun semuanya tinggal kenangan. Sejak kami di semester 5, dia mula berubah. Aku pula sibuk dengan tugas aku sebagai presiden majlis perwakilan pelajar di kolej aku. Kadang-kadang bila aku mesej atau call mesti dia cakap ada hal. Aku pun tak tahu apa sebenarnya sama ada dia betul-betul sibuk atau tidak. Hinggalah pada raya hari tu semuanya terbongkar. Aku mesej dia mengajak untuk beraya bersama-sama tapi dia kata dia ada hal. OKlah kalau begitu. Keesokan harinya aku mesej lagi kata kawan-kawan dan cikgu kirim salam. Dan dia balas dia keluar dengan BF dia sampai tak sempat nak beraya. Hancur luluh hatiku bila dia kata begitu. Rupanya dia sudah ada teman baru. Betapa kecewanya aku. Baru aku tahu mengapa dia selalu elak daripada aku. Segalanya telah terbongkar.

Sejak dari itu aku terus lupakan dia sebab dia telah menipu aku. Tak boleh ke kata kalau tidak lagi suka pada aku ataupun dengan cara yang lebih elok. Aku betul-betul kecewa. Sehingga hari ini aku tidak lagi berhubung dengan dia. Dan aku doakan agar dia bahagia selalu. Aku tidak sanggup lagi dipermainkan oleh perempuan. Aku harap inilah kali terakhir aku dilukai oleh perempuan.

Thursday, November 5, 2009

Tekanan!!

Semester ni macam-macam tekanan yang aku terima. Aku kena cari jalan untuk mencari ketenangan diri. Memang banyak tekanan sem ni.

Saturday, September 26, 2009

Raya bersama kawan-kawan...

Edisi Raya 2009


Raya kali ni memang seronok. Kalau dulu kami beraya dengan motorsikal tapi sekarang dengan kereta pula. Hehe. Alhamdulillah tiap-tiap tahun dapat gak kami beraya bersama-sama. Walaupun masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing namun hari raya ini dapat juga kami berkumpul beraya dan konvoi beramai-ramai. Bermula pada raya kelima barulah dapat beraya bersama kawan-kawan di sini. Kami berkumpul beramai-ramai kemudian serang rumah kawan satu per satu. Kesian tuan rumah kena serang tanpa diberitahu tentang kehadiran kami. Ini semua rancangan chapa lah. Kebiasaannya kami terjah je rumah-rumah yang nak dikunjungi. Saja bagi kejutan. Hehe. Yang best dapat gak duit raya walaupun kami semua sudah besar panjang. Macam-macam ragam dan telatah kami sepanjang perjalanan tersebut. Lagipun raya kan setahun sekali inilah peluang untuk berjumpa dan bermesra di antara kami. Inilah bukti kemesraan antara kami.








Apapun terima kasih kawan-kawan di atas kerjasama yang korang berikan. Harap tahun-tahun berikutnya kita dapat lagi bersama-sama konvoi beramai-ramai dari rumah ke rumah. Kalau boleh lagi ramai lagi bagus. Akhir kata salah dan silap mohon dimaafkan. (p/s nanti kalau ada openhouse jangan lupa aku di sini. hehehe.)



Luahan rasa...

Jerat Percintaan:

Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan

Aku telah jadi lupa siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan

Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi

Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian

Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Assalamualaikum,


Sempena bulan yang mulia ini ingin saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam di Malaysia. Di bulan syawal ini marilah kita bersama-sama bermaaf-maafan sesama kita tak kira yang muda dan yang tua. Eratkanlah hubungan silaturahim antara kita. Janganlah bermusuhan antara kita. Jauhilah daripada segala perkara-perkara yang tidak elok. Kepada rakan-rakanku maaflah jika ada salah silap, terkasar bahasa terguris kata, mohon diampun kerana sesungguhnya aku hanyalah insan biasa.

Ikhlas,
Farhan..

Sunday, September 6, 2009

Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Datang Lagi...

ramadhan Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi. Kepada semua umat Islam di seluruh dunia Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Ini kerana pada Bulan Ramadhan ini penuh dengan keberkatan dan ketaqwaan yang Allah kurniakan kepada umatnya. Pada bulan inilah pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup. Sebagai umat Islam kita haruslah bersyukur kerana Allah memberikan segala nikmat kepada kita. Perbanyakkanlah amalan kita di bulan Ramadhan ini sebelum ianya pergi sekali lagi. Betapa ruginya kita jika tidak memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sebaiknya. Hidupkanlah Ramadhan ini dengan tarawih, bacaam Al - Quran, zikir dan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Yang paling penting carilah malam Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut Allah akan mengampunkan semua dosa - dosa umatnya. Segala usaha yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini akan diberkati oleh Allah. InsyaAllah. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al - Mubarak.

Thursday, August 20, 2009

Kenangan bersama rakan - rakan.



Bersama En Ismail dan Fizi


Kenangan ketika berbuka puasa pada Ramadhan yang lepas bersama kawan - kawan kuliah di kolej adalah sesuatu yang best dan menggembirakan kami semua. Sudah lama kami merancang untuk berbuka bersama- sama tetapi pelbagai rintangan harus ditempuhi. Akhirnya berjaya juga kami menjayakan rancangan ini. Kami bukan sahaja dapat berbuka puasa bersama rakan malah pensyarah kesukaan kami pun turun sekali. Bukan senang nak merancang dengan mereka ni semua. Maklumlah masing - masing sibuk dengan tugas masing - masing. Tapi walaupun kami semua sibuk dapatlah juga kami bersama - sama berbuka puasa di restoran Yankees Hut di Bangi. Macam - macam ragam dapat dilihat ketika berbuka puasa. Ada yang makan banyak ada yang makan sikit ada yang sakit perut dan macam - macam lagilah ragam mereka ni. Hehehe. Selepas penat makan, apa lagi bergambarlah kami. Posing sana posing sini nak dapatkan shot yang menarik. Nak dijadikan sebagai kenangan. Selepas itu kami pun eransurlah pulang ke destinasi masing - masing. Apapun terima kasih kawan - kawan sebab kita dapat bersama - sama berbuka puasa. InsyaAllah jika ada masa lagi kita akan buat dan kumpul untuk bersama - sama.



Rakan-rakan kelas Seksyen 2

"Aku ambil gambar kau, kau ambil gambar aku. Amacam?"
Member yang lain tak sabar nak jamu selera. hehe.


Along selepas berbuka puasa ngangah luas- luas mulut dia.
Kes lepas berbuka puasa. HAHA.





Wednesday, August 19, 2009

Laughter is the best medicine...

S: Banyak2 senduk, senduk apakah yang berbisa??
J: Ular senduk

S: Ikan apakah yang selalu sakit perut??
J: Ikan kembung

S: Kereta apakah yang tidak pernah dipanggil kereta??
J: Teksi

S: Banyak2 bas, bas apakah yang pandai??
J: Bas sekolah

S: Kenapa anjing bila kencing angkat sebelah kaki sahaja??
J: Sebab kalau angkat kedua-dua belah kaki jatuhlah dia sebab itu angkat sebelah sahaja.

S: Motorsikal dengan kereta mana lagi tua??
J: Motorsikal sebab ada tongkat.

S: Bagaimana nak bezakan ikan betina dengan ikan jantan??
J: Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar mana ada perempuan nama "BAKAR".

S: Kenapa orang bercinta meraba - raba??
J: Sebab cinta itu buta.

S: Pintu apakah walaupun 10 orang tapi tak boleh nak buka??
J: Pintu yang tulis TARIK.

Hahahahaha...
Semoga terhibur.....

You raise me up

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.

(westlife)

Tuesday, August 18, 2009

Cinta.

Cinta. Suatu perkataan yang melambang perasaan, jiwa seseorang terhadap
insan yang disayangi. Luahan hati dan perasaan. Setiap daripada kita
pasti akan mengalami cinta. Cinta hadir tanpa sesiapa pun duga ataupun
perasan akan kehadirannya. Cinta adalah universal. Cinta datang dalam
pelbagai keadaan. Sering kali kita dengar, lihat kerana cinta seseorang
mampu melakukan sesuatu yang mustahil yang di luar dugaan. Cinta juga
membuatkan seseorang menjadi kuat, bersemangat. Namun ada juga insan
yang kecewa kerana cinta. Kerana cinta seseorang menjadi kurang waras,
musnah hidupnya. Jadi janganlah kerana cinta hidup jadi musnah, hancur.
Apabila bercinta hendaklah bersederhana kerana jika terlalu cinta maka
suatu hari nanti pasti akan bertukar menjadi benci dan akhirnya
hilanglah perasaan cinta itu. Cinta memerlukan pengorbanan, keikhlasan,
kejujuran, kesetiaan. Tanpanya tak mungkin akan jadi.Teringat pada satu
ungkapan yang berbunyi "Jika kita mencintai seseorang, lepaskanlah dia
pergi. Andai dia kembali maka dia tercipta untukmu. Jika tidak bukanlah
untukmu". Cinta itu terlalu indah. Bagi mereka yang bercinta ingatlah
bahawa cinta sesama manusia tidak kekal yang kekal hanyalah Allah
S.W.T.Oleh itu bercinta keranaNYa bukan kerana nafsu kerana jika kita
ingat padaNYa insyallah akan kekal sampai ke akhir hayat.

Monday, August 17, 2009

Yahoo!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya Paan @ Pujangga Klasik.

Berasal dari KL.

Seorang yang periang dan ceria.

Suka buat lawak dan hiburkan orang.

Sederhana dan simple.

Meminati muzik klasik dan filem klasik.

Itu sahaja.

hehehe...

Yang lain silalah lihat sendiri.

Tak kenal maka tak cinta.