Monday, February 1, 2010

Kenanganku....

Hari ini tetiba aku teringat kembali kisah-kisah lalu. Tengah kemas bilik jumpalah gambar-gambar masa sekolah dulu dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Tak sedar banyak rupanya gambar yang aku ambil dulu. Macam-macam gaya ada. Haha. Tapi betullah kata orang zaman sekolah adalah zaman yang paling best, menarik sekali. Zaman sekolah dulu macam-macam ragam kita lakukan. Setiap hari kita akan duduk bersama orang yang sama, bergurau senda, kena marah dengan cikgu (biasalah tu). Dari darjah satu sampai tingkatan 5. Yang paling best mestilah bila kita cinta monyet. Biasalah bagi budak-budak sekolah untuk jatuh cinta. Setiap hari boleh jumpa bagi yang bercintalah. Aku pun pernah bercinta tapi tak kekal lama. Sedih sampai tertonggeng atas katil. Pertama kali jatuh cinta katakan. Huhu. (Sekarang pun masih lagi mencari gadis yang sesuai dijadikan teman). Bila waktu sukan masing-masing tunjuk kehebatan. Waktu inilah seronok. Setiap rumah sukan bersorak untuk ahli yang masuk bertanding. Selalunya aku yang kuasai acara pecut sebab aku merupakan atlit olahraga perimgkat daerah. Lebih-lebih lagi kalau dapat sorakan daripada perempuan. Memang best semangat membara. Terus dapat no 1. Bukan olahraga sahaja aku masuk semua sukan aku masuk. Kebanyakannya sampai peringkat daerah tapi bola baling peringkat negeri. Bolehlah. Masa tulah ramai yang tergilakan aku tapi aku buat biasa saja. Hehe. Bila waktu belajar dalam kelas memang riuh. Kawan-kawan suka meriuhkan keadaan. Aku pun ikut sekali sampaikan aku digelar Mr. bean. Haha. Sekolah rendah senyap saja tapi masuk sekolah menengah lain pula jadinya. Sekolah rendah aku selalunya jadi ketua darjah. Sekolah menengah pula lain ceritanya. Macam-macam ragam ada dalam kelas aku. Sekolah menengah aku menjadi pengawas dan juga ketua pengawas. Tanggungjawab besar. Semakin dewasa semakin besar tanggungjawab aku. Alhamdulillah segala tugas aku laksanakan dengan penuh dedikasi. Waktu petang pula main bola dengan kawan-kawan. Kadang-kadang main badminton, bola keranjang, berbasikal dan lain-lain. Memang tiap-tiap petang semua berkumpul dan main bola. Ada saja aktiviti kami lakukan bersama. Bukan senang semua nak berkumpul. Raya pula kami konvoi beramai-ramai naik motor dan kereta. Memang seronok.

Begitulah kenangan aku masa sekolah dulu. 3 buah sekolah telah aku duduki dan pelbagai kenangan suka dan duka aku alami. Sekarang masing-masing sudah sibuk. Nak kumpul pun agak susah. Masing-masing belajar jauh dari sini. Ada yang sudah bekerja ada yang sudah berumahtangga. Di kolej berbeza dengan sekolah. Apapun zaman sekolah memang menyeronokkan. Kalaulah masa boleh diputar balik.......

=)