Monday, December 28, 2009

Kebenaran selalunya pahit...

Baru ku sedar bahawa kebenaran itulah sebenarnya pahit untuk diterima. Selama ini aku langsung tidak sedar dan mengetahui tentang keadaan yang berlaku. Selalunya akulah orang yang terakhir mengetahui sesuatu perkara. Kebenaran yang aku maksudkan di sini adalah tentang seorang gadis yang pernah aku sayangi dahulu. Jika dilihat pada rupa paras dan tingkahlaku dia kelihatan baik dan sopan serta sedap mata memandang. Silap aku kerana jatuh hati dan sayang kepada dia. Salah aku kerana meletakkan kepercayaan pada dia. Rupanya indah khabar dari rupa. Dia bukanlah seperti yang digambarkan. Selama ini kawan-kawanku sudah mengetahui akan hal sebenarnya tetapi takut untuk memberitahu padaku. Mereka takut aku akan kecewa dan tidak percaya. Bukan aku seorang yang tahu tapi ramai yang tahu cerita sebenarnya. Malah rakan baikku sendiri menceritakan keadaan sebenar padaku. Baru ku sedar bahawa kebenaran itu sememangnya pahit. Sukar untuk diterima....Apapun hidup mesti diteruskan. Aku takkan lagi menoleh ke belakang.

Thursday, December 24, 2009

Sana Sini Senang......

Di sana senang,
di sini senang,
di mana-mana hati pun senang

Di sana senang,
di sini senang,
di mana-mana hati pun senang

Lalalalalalalalalalalalalalala,
lalalalalalalalalalalalalalalala,

Ingat-ingat kami,
remember,
jangan lupakan kami,
don't forget,
kami syg semua,
we love u,
and only u...

(Lagu sewaktu menjadi fasilitator bagi intake baru jun-dis 2009)
Khas untuk semua pelajar-pelajar junior yang baru masuk.... =)

Tak habis-habis insomnia....



Sejak aku masuk kolej insomnia aku menjadi semakin teruk. Susah sangat nak lelapkan mata. Adeh. Bila malam aku mesti sukar nak lelapkan mata apatah lagi nak tidur. Bila siang pula aku rasa nak tidur. Macam drakula jadinya aku ni. HAHAHA. Kalau tak cukup tidur pula jadi zombi. Lagi teruk. Tak tahulah macam mana nak atasi masalah ni. Suruh minum susu aku minum, makan ubat aku makan tapi tak berkesan juga. Pernah sampai 3 hari tak tidur. Dahsyat. Selepas itu terus tidur tak bangun-bangun. Jadi zombi lagi. Tapi aku rasa sekarang ni bolehlah. Dulu lagi dahsyat. Kalau nak tidur aku biasanya baca buku, tulis puisi ke sajak, melukis atau bercakap dengan bulan baru boleh tidur. Hehe. Jangan ingat aku gila pula sebab cakap dengan bulan. Ada caranya. Lain pula jadinya nanti. Cuti ni macam itulah aku. Malam berjaga jadi pak cik jaga dekat rumah. Pencuri pun tak berani nak masuk sebab ada BATMAN dalam rumah. Berani masuklah kena hempuk dengan aku baru tahu. Sebelum ni pernahlah belasah pencuri yang pecah masuk rumah aku. Eh apalah aku merepek ni. HAHA. Sebenarnya begitulah aku bila insomnia ni melanda hidup aku. Harap-haraplah selepas ni dapat balik jadi macam dulu. =)

Wednesday, December 23, 2009

Separuh Jiwaku Pergi.........

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua


Lirik lagu ni agak menarik sebab bukan senang untuk kita mencintai seseorang dengan sepenuh hati dan terpaksa melepaskannya pergi apabila cinta kita dikhianati....

Hidupku umpama spiderman...

Begitulah tajuk yang ingin aku sampaikan kali ini. Seperti yang kita ketahui spiderman merupakan wira yang disanjung kerana bakatnya dan tanggungjawabnya menyelamatkan orang ramai. Namun di sebalik kisah hebat hero ini ada satu lagi kisah tentang dia yang orang ramai tidak mengetahuinya. Dia dianugerahkan kuasa yang hebat agar dapat membantu insan-insan yang lemah serta menjaga keamanan tempat itu. Tidak siapa yang mengetahui siapakah dia, dari mana asal dia namun atas jasanya tempat tersebut menjadi aman dan sejahtera. Setiap hari dia disanjung oleh masyarakat setempat atas tindakannya. "When great power come great responsibility", itulah amanat yang diberikan oleh pakciknya. Kanak-kanak pula ingin jadi sepertinya. Disebalik kehebatannya hidupnya sebenarnya tersiksa ketika menjalani kehidupan biasa sebagai Ben Parker. Bukan mudah untuk menjadi seorang wira bila diri terpaksa membuat pilihan dan pilihan tersebut mendatangkan kesan kepada orang di sekelilinginya. Walaupun dibenci, dicemuh, sering datang lewat, tiada pekerjaan dan malang dalam hidupnya namun dia tetap juga menjalani hidup dengan sebaiknya.

Kisah di atas sedikit sebanyak membuatkan aku terasa berada pada tempat yang sama seperti dia. Tapi aku bukanlah hero yang mempunyai kuasa seperti itu. Aku hanyalah insan biasa yang menjalankan tanggungjawab aku dengan sebaiknya. Di mana saja aku berada pasti aku akan digalas tugas-tugas yang berat. Aku sering menjadi orang terpenting dalam sesebuah komuniti di mana semua orang akan memerlukan pertolongan aku. Aku tidak pernah merungut malah melakukan tugas dengan sebaiknya. Tak kisah sesiapapun yang penting aku dapat menolong. Sudah menjadi tanggungjawab untuk membantu insan lain. Sejak arwah guru kesayangan aku meninggal, dia sempat berpesan buatlah baik sesama manusia dan jangan sesekali menyakiti hati orang lain. Jagalah hati orang lain. Itulah amanat yang aku pegang sehingga ke hari ini. Aku tak pernah merungut tentang memberi bantuan. Dari situlah aku menjadi wira kepada orang lain. Setiap kerja yang aku buat adalah untuk kebaikan dan keselesaan semua orang. Aku tidak pernah mementingkan diri sendiri. Selalu pentingkan orang lain daripada diri sendiri. Sakit ke apa ke aku tetap membuat kerja aku asalkan orang lain dapat manfaat. Jika boleh aku ingin bantu semua insan di dunia ini menjadi hero mereka. Tetapi bukan semua perkara kita lakukan mendapat pujian. Aku seringkali mendapat kutukan, makian, fitnah atas kebaikan yang aku lakukan. Aku tidak pernah teringin untuk mendapatkan nama, publisiti, kemashyuran dalam setiap perkara yang aku lakukan. Setiap kerja yang aku lakukan ikhlas semata-mata kerana Allah. Itulah hakikatnya. Walaupun aku banyak berbakti kepada kawan-kawanku, orang ramai namun aku tidak lepas daripada kata-kata maki, kesat, kutukan dan macam-macam lagi. Aku tidak pernah menyakiti hati sesiapapun apatah lagi mencari musuh. Pernah sekali aku difitnah kerana melakukan perkara yang betul dan orang cuba menjatuhkan aku dengan menyebarkan fitnah. Inilah dugaan yang terpaksa aku harungi di mana saja aku berada. Tapi aku tak kisah selagi aku masih bernyawa dan ada kudrat aku akan terus berbakti kepada bangsaku, agamaku dan negaraku. Begitulah kisah aku yang sedikit sebanyak ada persamaan dengan spiderman.


Thursday, December 17, 2009

Hari ini dalam sejarah...


Akhirnya penantian selama 20 tahun untuk meraih pingat emas di temasya sukan sea berjaya apabila skuad kebangsaan bawah 23 tahun memenangi pingat emas setelah menewaskan Vietnam 1-0 di stadium nasional. Kemenangan ini merupakan kenangan yang manis setelah Malaysia hampir menjuarai pada tahun 2001 ketika menentang Thailand. Atas semangat dan usahasama anggota pasukan Malaysia yang tidak mengenal erti putus asa telah berjuang hingga ke wisel penamat untuk membuktikan bahawa Malaysia mampu menjuarai bola sepak kali ini. Walaupun dikalahkan pada peringkat kumpulan namun atas semangat Malaysia mampu bergelar juara setelah menundukkan Vietnam di saat akhir permainan. Di atas kertas Malaysia dilihat tidak berpeluang untuk memenangi kejohanan ini. Alhamdulillah akhirnya dengan usaha serta berkat Malaysia menjadi juara untuk edisi kali ini. Dengan kemenangan ini Malaysia dilihat setanding dengan negara-negara Asia lain. Syabas diucapkan kepada pemain Malaysia dan juga jurulatih K.Rajagopal. Tahniah....

Thursday, December 3, 2009

Kisah cuti semester...

Cuti semester datang lagi. Mungkin sesetengah orang merasakan cuti memamg waktu yang menyeronokkan terutama bagi mereka yang selalu berhempas pulas dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Ada juga yang merasakan bila tibanya cuti keadaan menjadi bosan kerana tidak dapat berbuat apa-apa aktiviti yang menarik dan menggembirakan atau best. Kalau cuti panjang lagilah bosan dibuatnya. Yalah cuti panjang dan tak tahu nak buat apa. Memang bosan. Bagi aku waktu cuti inilah kesempatan bagi aku untuk berehat daripada tugas-tugas di kolej. Maklumlah orang penting di sana. Selalu sangat melakukan kerja sampai suatu ketika letih sangat. Bukan apa bagi dorang akulah yang amat penting sebab semua maklumat dan kerja aku yang lakukan. Tanpa aku susahlah dorang. Waktu inilah aku dapat berehat secukupnya. Kadang-kadang terasa bosan juga duduk di rumah. Selalunya aku keluar bersama teman-teman melakukan pelbagai aktiviti tapi kali ini aku asyik duduk rumah sahaja. Tak tahulah mengapa sampaikan mak aku sendiri rasa hairan dengan sikap anak bujangnya ini. Kebiasaannya waktu petang keluar bermain bola. Sekarang ni jarang pula keluar rumah. Duduk rumah layan internet. Kadang-kadang jadi surirumah buat macam-macam kerja rumah. Yang paling aku suka mestilah memasak. Hehe. Bukan apa mak cakap esok kalau dapat isteri yang tak tahu masak memang susah. Sebab itulah aku belajar memasak. Orang kata lelaki kalau masak sedap. Hehe. Aku sebenarnya tengah tunggu member-member balik. Bila dorang ada macam-macam boleh buat. BBQ mesti best lagipun dah lama tak buat. Boleh reunion sekali. Pertengahan bulan ni pergi melancong pula. Memang best. Tak adalah bosan duduk dekat rumah.

Cuti belum berakhir lagi....
Bilalah nak masuk kolej balik ni??
Sabar je lah...