Assalamualaikum,
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di
suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita
untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi
ucapan khusus untuk kaum wanita.
Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'.
Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW.
Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah
seperti berikut:
'Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku
lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, ' Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat
kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di
bawah:
Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bus ni dah mampus
agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa
ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti
tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami
yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan
suami'.
Rasulullah SAW berkata,'Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,
jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia
kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun
kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).
Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya
dapat?"
Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini,
saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala
amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita
banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan
kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka
seperti yang disebutkan tadi? Wa iya zubillah.
Fadhilat beristighfar
a. Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).'
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.
Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau
100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X
sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita
menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar,
akan di keluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti
gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat
hazan bererti berduka cita.
c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.
Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.
Sedekah juga
termasuk:
a. Tuturkata/ percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati.
Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.
Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang
pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun.
Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah,
sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan
perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada
Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada
Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab
Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan
tuturkatanya".
b. Memberi salam.
c. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."
Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita.
Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke
dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.