Sungguh tak disangka-sangka bahawa setelah sekian lama terpisah akhirnya dapat jua aku bertemu dengan si dia. Sudah 9 tahun aku tidak berjumpa dengan dia. Kali terakhir aku jumpa pada waktu keputusan UPSR dikeluarkan. Setelah itu aku tidak pernah bertemu atau berjumpa dengan si dia. Dan aku juga telah terdengar yang dia telah berpindah dari situ. Agak lama tidak mengetahui sebarang berita tentang dia. Sehinggalah minggu ini aku secara tak sengaja melihat profil seorang kawanku. Tetiba aku ternampak nama yang amat ku kenal. Aku terus tekan dan alangkah terkejutnya aku insan yang selama ini aku tercari-cari akhirnya aku temui. Aku tak sangka bahawa aku dapat kembali jumpa dia di facebook. Wajah dia sama seperti dulu. Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku bertemu dengan dia. Syukur sangat-sangat. Aku harap aku dapat bersemuka dengan dia nanti. InsyaAllah. =)
No comments:
Post a Comment