Friday, May 18, 2012

Assalamualaikum,

 Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di
 suatu  Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita
 untuk bertemu  dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi
 ucapan khusus  untuk  kaum wanita.

 Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. 
 Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. 
 Baginda  pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah
 seperti berikut:

 'Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku 
 lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

 Seorang wanita lalu bangun bertanya, ' Apakah yang menyebabkan yang 
 demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

 Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat
 kamu  yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

 Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
 2. Banyak bersedekah.


 Keterangan:
 Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di 
 bawah:

 Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, 
 akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bus ni dah mampus 
 agaknya."

 Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita 
 memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
 hatta  suami pun kena sumpah.

 Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa 
 ni jugak nak habis."

 Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti
 tidak  mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah 
 ditunaikan oleh suami.

 Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami 
 yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan
 suami'.

 Rasulullah SAW berkata,'Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, 
 jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
 suatu  ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia
 kehendaki, maka dia  akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun
 kebaikan awak"  (Terjemahan  langsung dari Arab).

 Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan 
 perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya 
 dapat?"

 Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, 
 saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala 
 amalannya.'

 Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita
 banyak  beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan
 kita dari 2  perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka
 seperti yang  disebutkan tadi? Wa iya zubillah.

 Fadhilat beristighfar
a. Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X 
 sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).' 
 Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.

 Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau
 100 kali sehari.  Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X
 sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita
 menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

 b .Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar,
 akan  di keluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti
 gelisah  yang  tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat
 hazan bererti berduka cita.

 c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
 dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
 kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.
 Sedekah juga
 termasuk:

a. Tuturkata/ percakapan yang baik.
 Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati.
 Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

 Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang
 pertama,  tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun.
 Sepanjang  hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah,
 sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan
 perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.

 Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada 
 Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada
 Khadijah.  Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab
 Jibril,  "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan
 tuturkatanya".

b. Memberi salam.

c. Memaniskan wajah.

 Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 
 'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

 Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

 Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.

 Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
 bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita.

 Sekiranya terdapat sifat-sifat  buruk yang boleh menjerumuskan kita ke
 dalam api neraka itu, maka eloklah  kita mengubah sikap kita dari sekarang.

No comments:

Post a Comment