

Sejak aku masuk kolej insomnia aku menjadi semakin teruk. Susah sangat nak lelapkan mata. Adeh. Bila malam aku mesti sukar nak lelapkan mata apatah lagi nak tidur. Bila siang pula aku rasa nak tidur. Macam drakula jadinya aku ni. HAHAHA. Kalau tak cukup tidur pula jadi zombi
. Lagi teruk. Tak tahulah macam mana nak atasi masalah ni. Suruh minum susu aku minum, makan ubat aku makan tapi tak berkesan juga. Pernah sampai 3 hari tak tidur. Dahsyat. Selepas itu terus tidur tak bangun-bangun. Jadi zombi lagi. Tapi aku rasa sekarang ni bolehlah. Dulu lagi dahsyat. Kalau nak tidur aku biasanya baca buku, tulis puisi ke sajak, melukis atau bercakap dengan bulan baru boleh tidur. Hehe. Jangan ingat aku gila pula sebab cakap dengan bulan. Ada caranya. Lain pula jadinya nanti. Cuti ni macam itulah aku. Malam berjaga jadi pak cik jaga dekat rumah. Pencuri pun tak berani nak masuk sebab ada BATMAN
dalam rumah. Berani masuklah kena hempuk dengan aku baru tahu. Sebelum ni pernahlah belasah pencuri yang pecah masuk rumah aku. Eh apalah aku merepek ni. HAHA. Sebenarnya begitulah aku bila insomnia ni melanda hidup aku. Harap-haraplah selepas ni dapat balik jadi macam dulu. =)
No comments:
Post a Comment