Monday, December 28, 2009
Kebenaran selalunya pahit...
Baru ku sedar bahawa kebenaran itulah sebenarnya pahit untuk diterima. Selama ini aku langsung tidak sedar dan mengetahui tentang keadaan yang berlaku. Selalunya akulah orang yang terakhir mengetahui sesuatu perkara. Kebenaran yang aku maksudkan di sini adalah tentang seorang gadis yang pernah aku sayangi dahulu. Jika dilihat pada rupa paras dan tingkahlaku dia kelihatan baik dan sopan serta sedap mata memandang. Silap aku kerana jatuh hati dan sayang kepada dia. Salah aku kerana meletakkan kepercayaan pada dia. Rupanya indah khabar dari rupa. Dia bukanlah seperti yang digambarkan. Selama ini kawan-kawanku sudah mengetahui akan hal sebenarnya tetapi takut untuk memberitahu padaku. Mereka takut aku akan kecewa dan tidak percaya. Bukan aku seorang yang tahu tapi ramai yang tahu cerita sebenarnya. Malah rakan baikku sendiri menceritakan keadaan sebenar padaku. Baru ku sedar bahawa kebenaran itu sememangnya pahit. Sukar untuk diterima....Apapun hidup mesti diteruskan. Aku takkan lagi menoleh ke belakang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment