Wednesday, December 23, 2009

Hidupku umpama spiderman...

Begitulah tajuk yang ingin aku sampaikan kali ini. Seperti yang kita ketahui spiderman merupakan wira yang disanjung kerana bakatnya dan tanggungjawabnya menyelamatkan orang ramai. Namun di sebalik kisah hebat hero ini ada satu lagi kisah tentang dia yang orang ramai tidak mengetahuinya. Dia dianugerahkan kuasa yang hebat agar dapat membantu insan-insan yang lemah serta menjaga keamanan tempat itu. Tidak siapa yang mengetahui siapakah dia, dari mana asal dia namun atas jasanya tempat tersebut menjadi aman dan sejahtera. Setiap hari dia disanjung oleh masyarakat setempat atas tindakannya. "When great power come great responsibility", itulah amanat yang diberikan oleh pakciknya. Kanak-kanak pula ingin jadi sepertinya. Disebalik kehebatannya hidupnya sebenarnya tersiksa ketika menjalani kehidupan biasa sebagai Ben Parker. Bukan mudah untuk menjadi seorang wira bila diri terpaksa membuat pilihan dan pilihan tersebut mendatangkan kesan kepada orang di sekelilinginya. Walaupun dibenci, dicemuh, sering datang lewat, tiada pekerjaan dan malang dalam hidupnya namun dia tetap juga menjalani hidup dengan sebaiknya.

Kisah di atas sedikit sebanyak membuatkan aku terasa berada pada tempat yang sama seperti dia. Tapi aku bukanlah hero yang mempunyai kuasa seperti itu. Aku hanyalah insan biasa yang menjalankan tanggungjawab aku dengan sebaiknya. Di mana saja aku berada pasti aku akan digalas tugas-tugas yang berat. Aku sering menjadi orang terpenting dalam sesebuah komuniti di mana semua orang akan memerlukan pertolongan aku. Aku tidak pernah merungut malah melakukan tugas dengan sebaiknya. Tak kisah sesiapapun yang penting aku dapat menolong. Sudah menjadi tanggungjawab untuk membantu insan lain. Sejak arwah guru kesayangan aku meninggal, dia sempat berpesan buatlah baik sesama manusia dan jangan sesekali menyakiti hati orang lain. Jagalah hati orang lain. Itulah amanat yang aku pegang sehingga ke hari ini. Aku tak pernah merungut tentang memberi bantuan. Dari situlah aku menjadi wira kepada orang lain. Setiap kerja yang aku buat adalah untuk kebaikan dan keselesaan semua orang. Aku tidak pernah mementingkan diri sendiri. Selalu pentingkan orang lain daripada diri sendiri. Sakit ke apa ke aku tetap membuat kerja aku asalkan orang lain dapat manfaat. Jika boleh aku ingin bantu semua insan di dunia ini menjadi hero mereka. Tetapi bukan semua perkara kita lakukan mendapat pujian. Aku seringkali mendapat kutukan, makian, fitnah atas kebaikan yang aku lakukan. Aku tidak pernah teringin untuk mendapatkan nama, publisiti, kemashyuran dalam setiap perkara yang aku lakukan. Setiap kerja yang aku lakukan ikhlas semata-mata kerana Allah. Itulah hakikatnya. Walaupun aku banyak berbakti kepada kawan-kawanku, orang ramai namun aku tidak lepas daripada kata-kata maki, kesat, kutukan dan macam-macam lagi. Aku tidak pernah menyakiti hati sesiapapun apatah lagi mencari musuh. Pernah sekali aku difitnah kerana melakukan perkara yang betul dan orang cuba menjatuhkan aku dengan menyebarkan fitnah. Inilah dugaan yang terpaksa aku harungi di mana saja aku berada. Tapi aku tak kisah selagi aku masih bernyawa dan ada kudrat aku akan terus berbakti kepada bangsaku, agamaku dan negaraku. Begitulah kisah aku yang sedikit sebanyak ada persamaan dengan spiderman.


1 comment: